Connect with us

Oh! Media

Islamkan Orang Wajib Dapat Syurga? Dai Ini Ditegur Kerana Kongsi Hadis Palsu

hadis palsu

Trending

Islamkan Orang Wajib Dapat Syurga? Dai Ini Ditegur Kerana Kongsi Hadis Palsu

Masih hangat dibincangkan di media sosial tentang cara yang betul untuk mengislam saudara baharu. Isu ini menjadi perbincangan selepas Aisar Khaled berkongsi video yang menunjukkan dirinya mengislamkan seorang lelaki bangsa India.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Sekadar Ucap Syahadah”, Ini Respon PU Amin Selepas Aisar Khaled Islamkan Saudara Baharu

Cara Aisar mengislamkan orang ini turut mendapat perhatian PU Amin yang berpendapat apa yang dilakukan Aisar itu sangat baik. Bagaimanapun, Aisar perlu mendapatkan nasihat dari pihak jabatan agama atau orang yang lebih berpengetahuan. PU Amin turut tidak mahu apa yang dilakukan Aisar ini menjadi kebiasaan kerana ada cara yang lebih baik.

Dai kongsi hadis palsu?

Tindakan Aisar ini bagaimanapun turut mendapat sokongan pengikutnya dan juga beberapa pihak. Antara yang menarik perhatian adalah komen dari seorang Dai yang berkongsi sebuah hadis. Hadis itu berbunyi seperti:

Barangsiapa yang tangangnya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga.

Hadis yang dikongsikan Dai ini bagaimanapun menarik perhatian seorang netizen di Twitter dengan nama @ibn_ramzi. Dia merupakan seorang editor bagi laman Semak Hadis dan admin untuk @hakasunnah. Dia menjelaskan hadis tersebut adalah hadis dhaif berat di mana perawinya munkar dan sanadnya juga dhaif.

Apa yang diterangkan ibn ramzi ini turut pernah dibincangkan laman Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 yang akhirnya memutuskan bahawa hadis tersebut adalah palsu. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini.

Kredit: Twitter | Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas