
Trending
Ira Kazar Akhirnya Muat Naik Foto Mesra Dengan Pengganti Syamsul Yusof?
Ira Kazar kongsi foto mesra dengan lelaki ini. Netizen mula kaitkan dengan status ‘tengah gaduh’!
Nama Ira Kazar sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi gambar bersama seorang jejaka tampan dipercayai berasal dari Turkey.
Gambar yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan mereka kelihatan mesra dan gembira bersama.
Difahamkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Sirac Kaya, dan ramai netizen mula ‘menyiasat’ profilnya yang meletakkan bendera Turkey di bio Instagram.
Netizen kaitkan dengan status Ira Kazar sebelum ini

Timbul spekulasi bahawa Ira kini sedang dilamun cinta baru, selepas sebelum ini menjawab secara selamba dalam satu komen bahawa dia “tengah gaduh” — seolah-olah mengesahkan dirinya sudah berpunya semula selepas berpisah dengan pengarah kontroversi Syamsul Yusof.
Tengah gaduh.
Siapa Sirac Kaya sebenarnya?

Walaupun tidak banyak info didedahkan, kehadiran lelaki ini sudah cukup untuk membuat peminat dan netizen berteka-teki tentang hubungan mereka.
Ada yang mengucapkan tahniah, namun tak kurang juga yang memberi amaran agar tidak terburu-buru dalam soal hati.
