Trending
Instafamous Mohon Maaf & Padam Gambar Dengan PU Amin, Mohon Doa Kembali Ke Pangkal Jalan
Pada
Oleh
Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Amin menerima pelbagai kecaman gara-gara bergambar dengan wanita berpakaian menjolok mata ketika majlis berbuka puasa. PU Amin walau bagaimanapun telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.
BACA: Dikecam Bergambar Dengan Wanita Seksi, Ini Respon PU Amin
Terbaru, instafamous, Nadira Isaac menerusi hantaran terbaru di Instagram memohon maaf dan bertindak memadam gambar kontroversi tempoh hari.

Digemparkan semalam viral gambar saya dan juga PU Amin dekat semua sosial media.
Dira nak ucapkan jutaan terima kasih kepada PU Amin kerana sudi datang ke majlis produk launch troieka. Dira tak sangka pulak benda ni akan tercetus seteruk ini.
Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU kerana terpalit dengan isu ini. Tujuan berkongsi gambar itu ialah kebiasaaan saya untuk posting di IG. Sama seperti posting-posting yang sebelum ini.
Tapi mungkin kali ini saya akui kesilapan saya.
Di kesempatan itu, Nadira turut berterima kasih kepada PU Amin kerana memberi tazkirah yang sangat berguna kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tambahnya, dia telah memadam posting demi untuk menghormati PU Amin.
Saya sekali lagi memohon maaf kerana semua yang tersinggung terutamanya PU sendiri dan juga orang yang melihat posting itu.
Di akhir video, Nadira berkata dia akan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Malah, jika diberi peluang dia ingin menjemput PU untuk sesi khas tazkirah di pejabat dalam keadaan lebih sopan. Dia turut memohon netizen mendoakan semoga dia dan rakan-rakan kembali ke pangkal jalan.
Kredit: Nadira Isaac
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pemergian seorang ibu pastinya meninggalkan kehilangan yang cukup besar buat anak-anak dan keluarga. Hargailah ibu bapa...
Mohd Shuhaily masih menjalankan tugas Ketua Pengarah AKPS kerana belum menerima arahan rasmi untuk kembali berkhidmat...
Diskaun tol 50% sempena Deepavali 2026 bermula 6 November selama dua hari. Semak tarikh, kategori kenderaan...
Da’i Syed dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan merogol wanita pada 2019 menerusi keputusan majoriti...
Denda RM50 juta Najib Razak bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah dilaporkan...