Connect with us

Oh! Media

Inspektor Sheila Diikat Jamin RM5,000, Rupanya Dah 7 Tahun Berkhidmat

20230626 151811 0000

Trending

Inspektor Sheila Diikat Jamin RM5,000, Rupanya Dah 7 Tahun Berkhidmat

Umum mengetahui berita seorang pegawai polis wanita, Inspektor Sheila yang didakwa mengugut serta mengaibkan dua orang pegawai polis serta orang awam pada minggu yang lepas.

BACA: Inspektor Sheila Rasa Dia Tidak Lakukan Apa-Apa Kesalahan Atas 3 Pertuduhan

Tertuduh, S Sheila Sharon mengakui tidak bersalah atas tiga pertuduhan hari ini di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock.

IKLAN

Kes Inspektor Sheila

Img 20230619 134829 860

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Selain daripada mengaibkan pegawai polis, Sheila juga didakwa atas dua lagi pertuduhan mengugut seorang wanita dan menghina seorang lelaki berusia 41 tahun.

You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu.

Peguam, Manoharan meminta agar pihak mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atau dilepaskan bon tanpa jaminan. Hal ini kerana tertuduh telah berkhidmat dengan PDRM selama tujuh tahun.

Dalam pada masa yang sama, bapa tertuduh juga sudah berkhidmat selama 39 tahun dalam pasukan keselamatan itu dengan pangkat terakhir sebagai Asisten Superintendan dan adik tertuduh juga berkhidmat dalam PDRM.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas