Connect with us

Oh! Media

Insiden Di Putra Heights Diklasifikasi NFA, Polis Sedia Siasat Semula Jika Ada Bukti Baru

Ohmedia kebakaran putra heights

Trending

Insiden Di Putra Heights Diklasifikasi NFA, Polis Sedia Siasat Semula Jika Ada Bukti Baru

Letupan gas Putra Heights diklasifikasikan NFA, tapi polis sedia buka semula siasatan jika muncul bukti baharu.

April lalu, negara dikejutkan dengan insiden letupan gas di Putra Heights Selangor di mana api menjulang ke udara lebih 30m, suhu pula mencecah 1,000 darjah celcius.

Lapor MalaysiaKini, kejadian menyebabkan 81 buah rumah musnah melebihi 40 peratus manakala 81 lagi rosak sebahagiannya.

BACA: Siasatan Selesai, Letupan Paip Gas Di Putra Heights Tiada Unsur Khianat Atau Kecuaian

IKLAN

Ada juga rumah yang terjejas tetapi tidak terbakar sebanyak 57 buah rumah. Terbaru, mStar melaporkan kes ini akhirnya diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).

Kes diklasifikasikan NFA

Ohmedia kerajaan selangor bantuan putra heights

Namun, ini bukan bermaksud siasatan telah ditutup sepenuhnya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan akan dibuka semula sekiranya ada bukti atau keterangan baru.

Jelas beliau, siasatan awal tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah mahupun sabotaj.

Oleh itu, beliau turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut supaya tampil dan bantu pihak berkuasa.

Terdahulu, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendedahkan bahawa kejadian berpunca daripada ketidakstabilan tanah.

Paip yang tidak disokong sepenuhnya oleh tanah di sekeliling disebabkan beban kitaran menyebabkan kelemahan pada sambungan kimpalan yang pecah sehinggalah mencetuskan kebakaran.


Kredit: MalaysiaKini | mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas