Connect with us

Oh! Media

Ini Status Sebuah Madrasah Yang Didakwa Kena Mengena Dengan Suspek Kes Bunuh 2 Anggota Polis

Madrasah

Trending

Ini Status Sebuah Madrasah Yang Didakwa Kena Mengena Dengan Suspek Kes Bunuh 2 Anggota Polis

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu menyebabkan dua anggota bertugas iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut akibat ditembak dan ditetak.

BACAMotivasi Kefahaman Sendiri Rupanya Punca Suspek Lakukan Serangan Sehingga 2 Anggota Polis Maut

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, terdapat sebuah madrasah yang didakwa sebagai pusat pengajian satu pertubuhan keganasan telah disahkan tidak beroperasi.

Madrasah yang terletak dalam tanah persendirian berhampiran dengan kediaman suspek itu telah ditutup sepenuhnya pada 2001 dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid. 

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga memang tidak menerima apa-apa permohonan untuk memperbaharui pendaftaran pusat itu sejak is ditutup berpuluh tahun lepas. 

Saya telah meminta Timbalan Pengarah Pengurusan MAINJ untuk membuat perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan utk melihat keadaan bangunan tersebut.

Hasil semakan, kita boleh mengisytiharkan bangunan tersebut tidak lagi ada kegiatan. Kebimbangan masyarakat yang mendakwa bangunan tersebut masih digunakan itu, saya boleh sahkan tidak lagi berlaku.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas