Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Maszlee Malik Lepas Teruk Dikecam Guna Ayat Berbaur Lucah Dalam Siri Drama

Trending

Ini Respon Maszlee Malik Lepas Teruk Dikecam Guna Ayat Berbaur Lucah Dalam Siri Drama

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik didakwa menggunakan ayat berbaur lucah dalam sebuah siri drama berjudul Kudeta. 

ADVERTISEMENT

Menerusi satu posting di Facebook rasminya, Maszlee telah memuat naik satu pemohonan maaf secara terbuka selepas dapat banyak kecaman dan respon negatif dari ramai pihak.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga akui sangat kesal dengan tindakannya yang telah menggunakan ayat yang tidak senonoh semasa melakonkan watak terbabit.

Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum. Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan.

Semua orang pernah buat salah. Jangan kecam lebih-lebih la ya sebab beliau pun dah minta maaf.

Kredit: Facebook Maszlee Malik

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas