Connect with us

Oh! Media

Ini Pesanan Mufti Kepada Umat Islam Yang Dah Tengok The 1975 Bercumbu 

Untitled Design   2

Trending

Ini Pesanan Mufti Kepada Umat Islam Yang Dah Tengok The 1975 Bercumbu 

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan umat Islam yang melihat persembahan band British, The 1975 di Good Vibes Festival 2023 untuk memohon keampunan daripada Allah.

Memetik laporan NST, Wan Salim berkata penonton yang hadir ke konsert pada Jumaat lalu itu perlu bertaubat walaupun tidak melakukan dosa.

Jelasnya lagi, walaupun penonton tidak menyangka untuk melihat perbuatan maksiat tersebut, mereka tetap perlu memohon ampun kepada Allah.

IKLAN

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menentang hiburan termasuk konsert, drama, filem dan seumpamanya.

Yang dilarang ialah hiburan dan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan minda dan tingkah laku penonton atau peminat

Oleh itu, Wan Salim menasihati umat Islam yang hadir ke konsert itu supaya memohon keampunan kepada Allah, walaupun perbuatan maksiat itu dilakukan tanpa diduga di hadapan mereka.

Terdahulu, penyanyi utama The 1975, Matty Healy mengkritik undang-undang anti-LGBT Malaysia sebelum mencium rakan kumpulan lelaki di atas pentas.

Kredit: NST

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas