Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kertas Siasatan Kes Pendakwah Bebas Ebit Lew

Ohmedia ebitlew4

Trending

Ini Perkembangan Terkini Kertas Siasatan Kes Pendakwah Bebas Ebit Lew

Mungkin kes melibatkan pendakwah bebas Ebit Lew sudah semakin dilupakan tetapi itu tidak bermakna kes itu terhenti begitu sahaja. Berdasarkan kemaskini terbaru dari pihak polis, kertas siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas itu sudah lengkap.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Kertas siasatan itu akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Siapa ada maklumat tambahan masih boleh tampil bantu siasatan

Kita sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara dan sedikit masa lagi akan mendapat keputusan arahan selanjutnya berkaitan kes itu.

Bagaimanapun kita juga meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan.

Ebit Lew ketika ini masih berada di luar negara mengerjakan ibadah dan setakat ini masih tiada keperluan untuk menahan tertuduh.

IKLAN

Buat masa ini biarlah dia melakukan kerja kebaikan di luar negara kerana itu haknya jika dia ikut peraturan di negara terbabit ia tidak menjadi menjadi kesalahan.

Untuk pengetahuan, Ebit Lew kini sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas