Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Dan Kawan Pengkid

dera

Trending

Ini Perkembangan Terkini Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Dan Kawan Pengkid

Kejadian dera melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Layangkasa, Pasir Gudang Johor baru-baru ini mengundang rasa simpati orang ramai.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, perbuatan kejam itu disyaki dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri dan rakan ibu yang merupakan seorang pengkid.

BACA: Bapa Mangsa Dera Dakwa Anak Dilarikan Bekas Isteri, Rupanya Dah Setahun Cari

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas selesai rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

kes dera

Beliau turut meluahkan rasa luluh hati ketika melawat kanak-kanak itu di hospital dan siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 akan dilakukan.

Terima kasih saya ucapkan kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kes berkenaan ke talian kecemasan.

Terdahulu, media dilaporkan jiran-jiran mengesyaki penderaan berlaku apabila kanak-kanak itu kerap menangis dan menjerit hampir setiap hari.

adik iman

Lapor Astro Awani, jiran yang dikenali sebagai Hassan berkata, sebelum ini mereka pernah pergi ke rumah itu selepas tak tahan mendengar bunyi tangisan tetapi ibu tak benarkan anak keluar.

Ibunya membawanya ke belakang rumah tidak mahu menunjukkan kepada kami. Ada sekali apabila didesak dia membawa keluar anaknya itu dengan menutup mukanya. Pada masa itu kami tidak nampak kesan dera.

Malah dakwanya, adik Iman pernah lari dari rumah ke kawasan berhampiran dan penduduk membawanya pulang ke rumah semula.

Adik Iman juga dikatakan tak bersekolah kerana dilihat sering termenung di tepi pagar rumah waktu pagi ketika jiran-jiran bersiap-siap mahu ke tempat kerja.

Kes adik Iman berlarutan sehingga group Whatsapp taman di situ, dan mereka bertindak menyerbu semula dan menemui adik Iman dalam keadaan luka didera.

Kredit: Astro Awani | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas