Connect with us

Oh! Media

Ini Keputusan Cadangan Kenaikan Gaji EXCO & Adun Kelantan, Semua Diam Tidak Berbahas

Trending

Ini Keputusan Cadangan Kenaikan Gaji EXCO & Adun Kelantan, Semua Diam Tidak Berbahas

Apa sahaja yang melibatkan negeri Kelantan kebiasaannya pasti akan menarik perhatian negeri-negeri lain. Lagi-lagi bila sebelum ni tersebar pula cadangan untuk menaikkan gaji EXCO dan Adun Kelantan dengan alasan tangga gaji mereka masih rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

ADVERTISEMENT

Hari ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

Selain itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun kini semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama ketika berdepan wabak Covid-19. Oleh yang demikian, kerajaan mencadangkan pindaan dibuat terhadap RUU berkenaan. – Kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai pencadang.

Selepas cadangan ini dibuat, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob memberi laluan untuk cadangan dibahaskan, tetapi tiada seorang pun wakil rakyat yang berbuat demikian dan ini bermakna ia perlu diluluskan sebulat suara.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas