Connect with us

Oh! Media

Ini Cadangan PIBGN Terhadap Guru SMK Anak Lima Dan Pelajar Lepas Kantoi Bercinta

Guru SMK bercinta dengan pelajar

Trending

Ini Cadangan PIBGN Terhadap Guru SMK Anak Lima Dan Pelajar Lepas Kantoi Bercinta

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai seorang guru wanita di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang kantoi bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak. Allahu!

ADVERTISEMENT

BACAKakak Pelajar 17 Tahun Bercinta Dengan Guru SMK Anak Lima Padam Pendedahan Undang Tanda Tanya Netizen, Ini Sebabnya..

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyifatkan tindakan seorang guru itu pelik, tidak sepatutnya berlaku dan perlu dicegah.

Lagipun guru itu sudah mempunyai suami serta anak dan perkara ini dikatakan sendiri Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan.

Melainkan guru itu janda, mungkin boleh diberi laluan disebabkan hak kebebasan manusiawi. Tetapi oleh kerana dia masih ada suami dan anak, saya rasa perkara seperti ini tidak patut berlaku.

Perlu dicegah, jangan dibiarkan dan diambil tindakan sewajarnya oleh kementerian atau pihak sekolah.

Remaja ini mungkin beranggapan sebagai cinta monyet. Tetapi cinta monyet ini luar biasa dan perlu dihalang.

Presiden PIBGN itu juga bercadang agar ahli keluarga pelajar dan guru itu bertemu dan adakan sesi kaunseling supaya mereka insaf.

Masa depan kedua-dua mereka agak terancam sekarang ini. Kaunseling itu bukan saja secara saintifik tetapi juga secara syariah.

Ini bermakna kita beri peluang kepada mereka untuk insaf. Tidak menghukum secara terus tetapi memberi pemulihan.

Kita harapkan pemulihan itu akan berlaku secara kekal dan mereka menjadi manusia yang baik serta menjadi contoh kepada semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas