Connect with us

Oh! Media

“Hebat Lakonan Kalah Drama Melayu” – Lara Nodin Mahu DG Hisham Undur Diri

lana nodin

Oh! Artis

“Hebat Lakonan Kalah Drama Melayu” – Lara Nodin Mahu DG Hisham Undur Diri

Pelakon Lana Nodin menerusi beberapa hantaran di Instagram Story dilihat ada menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah agar segera meletakkan jawatan.

ADVERTISEMENT

Dakwa Lana, ramai masyarakat seolah-olah terpedaya dengan ‘lakonan’ DG Hisham yang seolah-olah sengaja berlakon dengan wajah penat dan sedih atas apa yang berlaku kepada negara pada ketika ini.

Dia juga dilihat memuat naik video pendek pengurusan mayat yang dijangkiti wabak di mana ada individu yang berpakaian biasa sedang menguruskan kontena berisi mayat dan tidak memakai PPE seperti yang disarankan DG Hisham sebelum ini.

Hebat lakonan kalah drama Melayu kat Samarinda, hebat KKM. Tahniahlah DG. Ko ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka kasihan dan menangis penat tapi semua tu kau berlakon saja!

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri  ini dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan anggota pengurusan jenazah yang tidak memakai set perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

IG LANA NODIN
IG LANA NODIN

Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal ahli keluarga tak dapat kebumikan katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengok mamat tu, rileks je..yang lain bukan main full uniform PPE. Nasib baik tak buat drama jatuh penat angkat mayat pula! Kalah cerita hindustan. Wake up la..tak habis-habis bagi rakyat fear mongering!

Malah, ada juga peminat yang tampil menyokong pernyataan Lana Nodin itu di mana mereka telah menghantar mesej dan gambar DG Hisham tidak memakai pelitup muka dan sebagainya.

Tambahnya lagi, DG Hisham hanya berpura-pura menangis di dalam televisyen ketika sidang media hanya sekadar untuk menakutkan rakyat dan memperoleh simpati.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas