Trending
“Ingatkan Homeless” – Caprice Sindir Mondy Tatu Ketika Buat ‘Live’ Bersama Keluarga Tersayang
Sebelum ini tular pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berkongsi momen ketika dia berada di Jakarta, Indonesia untuk menghulurkan bantuan kepada wanita dikenali sebagai Mondy Tatu yang tinggal dijalanan.
BACA : “Plot Twist Habis!”, Ebit Lew Didakwa Tak Serik, Gunakan Agama Untuk Populariti?
Bukan tu jer, Ebit juga menjemput Mondy datang ke Malaysia selain membantu perniagaanya. Tapi apa yang Ebit Lew lakukan itu dipertikai netizen selepas mendapati bahawa wanita itu merupakan ‘influencer’ di sana dan beranggapan bahawa dia bukanlah orang susah.
Terbaru! Mondy dilihat sudah pulang ke negaranya dan duduk bersama ibubapanya menerusi ‘live’ telah mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice.
Caprice mengucapkan ‘terima kasih’ kepada rakyat Malaysia yang membantu Mondy selain turut menulis ‘tagline’ yang sering digunakan Ebit Lew iaitu ‘Allah Sayang’.
Dalam ‘live’ itu juga, Caprice dilihat meninggalkan komen yang menyindir Mondy.

Ingat Mondy homeless, rupanya ada keluarga ni sana. Alhamdulillah..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan sindiran Caprice namun ada juga yang menasihatkan agar penyanyi lagu Baby Sayang itu untuk berhenti bersikap kebudak-budakan dan menjadi penilai pada setiap isu yang menjadi ‘viral’.
Kredit: Instagram Caprice
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM