
Oh! Artis
Inara Dituduh Tamak, Ibu Virgoun Bengang Hanya Diberikan RM800 Sebulan Daripada Bekas Menantunya
Oleh
Eva Murung, ibu kepada penyanyi Virgoun memaklumkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap bekas menantunya, Inara Rusli.
Menerusi satu temu bual, Eva memberitahu bahawa wang bulanan yang telah diberikan kepadanya sedikit malah menuduh menantunya, Inara tidak pandai mengurus kewangan.
Tambahan, katanya lagi wang yang diberikan Inara itu adalah hanya 2.7 juta rupiah (RM840) dan baginya jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos kehidupannya di Jakarta.

Menurut Eva, Virgoun akan memberikan wang setiap bulan kepada Inara sebanyak 70 juta rupiah (RM2177) namun enggan menginfakan duit tersebut kepada yang memerlukan .
Dalam pada itu, Eva juga meminta bekas menantunya itu untuk tidak tamak dan menggunakan semua wang yang diberikan oleh Virgoun untuk dirinya sahaja.
Malah, Eva merungut kerana hanya diberikan 500,000 ribu rupiah (RM155) sewaktu perayaan Krismas.

Namun begitu, Inara Rusli tampil membela diri dan berkata wang yang diberikan Virgoun kepadanya itu adalah mengikut persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.
BACA: Virgoun Selalu Kritik Tak Cantik, Inara Dedah Dapat RM35 Ribu Tukar Penampilan
Kredit: Victory News
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
