Connect with us

Oh! Media

Iman Troye Tampil Menjawab Isu Bergambar Bersama Jejaka Bertatu

iman troye

Oh! Artis

Iman Troye Tampil Menjawab Isu Bergambar Bersama Jejaka Bertatu

Penyanyi Iman Troye tampil menjawab isu dia bergambar dengan seorang jejaka bertatu yang berasal dari negara seberang.

ADVERTISEMENT

Beberapa gambar yang dimuat naik oleh Iman telah meraih perhatian netizen terutamanya peminat lelaki yang meluahkan rasa sedih melihat gambar berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga segelinitir netizen yang mempersoalkan tentang jejaka pilihan hatinya kerana mempunyai tatu di tangan.

iman troye

Baru-baru ini ketika ditemubual Melodi, Iman tampil memberi keterangan mengenai segala isu dan spekulasi yang dibuat oleh netizen.

Menurut Iman, gambar yang dimuat naik itu adalah sebagai ‘hint’ untuk menerbitkan single terbaharu duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Petrus Mahendra dan bukanlah gimik.

Gambar yang diperkatakan itu ialah gambar saya bersama Mahen, artis Indonesia. Salah satu sebab kami muat naik gambar sama-sama untuk menunjukkan yang kami bakal keluarkan single lagu berjudul Gagal Bersembunyi.

Itu adalah lagu ballad sebenarnya dan ini adalah bahagian lain Iman Troye sebab bila orang kenal saya sebagai artis yang bawa lagu cathcy, lagu-lagu happy tapi kali ini kita fokus kepada lagu ballad Indo. Bukan gimik semata-mata ye.

Malah, penyanyi berusia 20 tahun itu juga menjelaskan status hubungannya bersama Mahen tidak lebih sebagai kawan biasa sahaja.

Biasalah kita ambil gambar dengan rakan artis macam Mahen sebab susah lagipun nak jumpa. Saya dah kenal Mahen sejak dia keluarkan lagu Pura-Pura Lupa lagi.

Mahen orang yang sangat baik. Kita tolak tepi bertatu ke apa sebab dia pun bukan islam. Iman selesa untuk mendekatinya dan menjadikan dia sebagai seorang kawan. Kita kenal hati budi masing-masing. Bukan nak pandang fizikal ke apa yang penting dalaman dia macam mana.

Kami memang tiada apa-apa hubungan. Doakan yang terbaik.

BACA: “Dah Sampai Masa Untuk Move On”, Iman Troye Bergambar Bersama Jejaka Indonesia

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas