Connect with us

Oh! Media

zayn rayyan

Trending

Ibu Zayn Rayyan Terkejut Video Tular, Buat Report Polis

Ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf tampil membuat laporan polis selepas tular satu video memaparkan beliau berjalan bersama dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R, Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya.

Ismanira mendakwa menerima pautan video TikTok berdurasi kira-kira seminit itu melalui aplikasi WhatsApp pada 6 Mac lalu.

IKLAN

Video tular mengejutkan ibu mangsa

zayn rayyan

Rakaman tersebut dipercayai dibuat ketika hari kejadian. Terkejut dengan penyebaran video tersebut, beliau tampil membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang pada 2.43 petang, Ahad lalu.

Lapor mStar, Ismanira merasakan keselamatan dirinya dan keluarga terancam. Dia percaya video tersebut bukan kebetulan kerana mayat Zayn Rayyan ditemui lebih kurang 200 meter dari lokasi video dirakam.

Kini pihak polis sedang menjejak perakam atau sumber asal kepada video terbabit. Siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti jika rakaman ada kaitan dengan pembunuhan Zayn Rayyan.

Kes dirujuk ke IPD Petaling Jaya

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan bahawa proses rakaman keterangan daripada pengadu telah dijalankan kelmarin.​

Foto: Bernama

Walaupun keterangan telah diambil, Mohd Hafiz menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan menjalankan siasatan lanjut kerana kejadian tersebut berlaku di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Oleh itu, laporan tersebut telah dirujuk semula kepada IPD Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.​

zayn rayyan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas