Connect with us

Oh! Media

Ibu Wanna Ali Pula Bersuara Isu Anak Dikecam Muat Naik Foto Bersama Fattah Amin

Untitled Design   1

Trending

Ibu Wanna Ali Pula Bersuara Isu Anak Dikecam Muat Naik Foto Bersama Fattah Amin

Semalam pelakon, Wanna Ali telah tampil memberi penjelasan selepas dirinya dikecam teruk apabila berkongsi foto dengan Fattah Amin ketika rumah tangga pelakon lelaki bersama isternya, Fazura dilanda badai.

BACAGambar Dengan Fattah Amin Undang Kecaman, Wanna Ali Akhirnya Bersuara

Terbaru! Menurut laporan mStar, ibu yang juga merupakan penerbit, Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya dan menafikan dakwaan Wanna sengaja mencari publisiti dan kesempatan atas kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu.

IKLAN

Menerusi Instagram Story, Ayu juga menyifatkan Wanna adalah seorang anak yang baik dan meminta netizen untuk tidak melontarkan kata-kata yang tidak baik.

Kalau tak suka pun janganlah sampai maki-maki anak orang tahap macam itu. Dia bukan penyondol atau tak sensitif dan bukannya mahu publisiti.

Jangan guna ayat-ayat seperti itu untuk tuduhan ini. Anak saya seorang yang pandai dan baik hati. Dia (Wanna) anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab sebelum menulis komen.

Ibu kepada Wanna itu juga berkata yang anaknya itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon drama itu dan lagipun hantaran itu telah dijadualkan.

Mohon ya netizen, masing-masing ada artis kesayangan. Wanna anak saya ini bukan sembarang nak berkongsi hantaran.

Promo itu semua sudah dijadualkan. Semua hanya kebetulan. Drama Lelaki Melayu Terakhir sedang ditayangkan di televisyen, dia hanya bekerja.

Pihak Wanna pun dah perjelaskan sebabnya jadi janganlah kita ‘hentam’ pelakon itu lagi ya.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas