Connect with us

Oh! Media

Ibu Terkilan Doktor Hanya Bagi Air Garam, Anak Didakwa Kritikal Dalam Masa 3 Jam Sebelum Ditidurkan

bayi

Trending

Ibu Terkilan Doktor Hanya Bagi Air Garam, Anak Didakwa Kritikal Dalam Masa 3 Jam Sebelum Ditidurkan

Terbaru! Tular di media sosial perkongsian seorang ibu yang terkilan dengan tindakan doktor di sebuah klinik kesihatan di Pahang.

ADVERTISEMENT

Menurut si ibu, anaknya yang berusia 2 tahun 6 bulan mengalami cirit birit sebanyak 21 kali sebelum dibawa ke klinik itu.

Dia menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi kepada anak termasuk memaklumkan anak mempunyai masalah GDD dan tak aktif seperti biasa.

Namun, doktor didakwa tak ‘alert’ apabila hanya memberikan 3 sachet air garam. Dakwanya doktor juga menafikan anak demam berdasarkan saringan awal dan tiada tanda-tanda dehydrated.

doktor

Tak berpuas hati, si ibu kemudian membawa anak ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dengan doktor lain.

Doktor di klinik swasta mengambil suhu dan membuat pemeriksaan darah. Doktor mendapati bacaan darah putih anak terlalu tinggi dan segera dirujuk ke hospital.

Ketika dibawa ke bahagian kecemasan hospital, anaknya didakwa sudah lembik seperti sayur dan segera ditidurkan kerana kritikal.

anak

Sebagai seorang manusia biasa, ibu berasa sangat terkilan dan tak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan doktor.

Katanya, jika doktor lebih ‘alert’ dengan keadaan anak, mungkin anaknya tak seteruk itu.

Difahamkan, anaknya Umair telah menghembuskan nafas terakhir selepas hampir seminggu dirawat. Dengan penuh hiba, si ibu berkata anak lelakinya itu adalah anugerah terindah daripada Allah SWT di mana dia tak mampu untuk jaga dengan baik.

Perkongsian asal ibu:

Dia reda namun memerlukan masa untuk memulihkan jiwa yang sedang rapuh. Al-fatihah buat Umair dan semoga Puan Erma tabah menghadapi dugaan berat ini.

BACA: “Mana Korang Belajar?” – Individu Dakwa Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Kredit: Facebook Erma Iswani

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas