Connect with us

Oh! Media

Ibu Syukur Pipi Ainul Mardhiah Elok Sendiri, Tak Perlu Jalani Rawatan Betulkan Urat Tisu

Trending

Ibu Syukur Pipi Ainul Mardhiah Elok Sendiri, Tak Perlu Jalani Rawatan Betulkan Urat Tisu

Korang ingat lagi tak dengan adik Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya sekitar tiga tahun yang lalu?

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lihat Perkembangan Terkini Adik Ainul Mardhiah. Sudah Boleh Borak Dengan Walid & Mama

Dan dapat kita lihat, Ainul yang kini berusia empat tahun itu sentiasa menunjukkan perkembangan positif dengan kesihatannya bertambah baik dari hari ke hari.

Ibu syukur tak perlu betulkan urat tisu

Terbaru, ibu kepada Ainul, Nurul Erwani Zaidi memuat naik satu hantaran di Instagram dan meluahkan rasa syukur kerana anaknya tidak perlu menjalani rawatan memperbetulkan struktur wajah.

Nurul turut memaklumkan bahawa keadaan pipi Ainul yang membengkak selepas jalani pembedahan telah menyebabkan doktor menyediakan prosedur untuk memperbetulkan urat tisu di pipi anaknya itu.

Dulu waktu lepas ‘operation’ nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. Jadi, doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu di pipi Ainul.

Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya.

Netizen turut luah rasa syukur

Perkongsian Nurul itu mendapat respon warganet. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa gembira mereka melihat perkembangan positif Ainul Mardhiah selepas beberapa tahun menjalani pembedahan.

Alhamdulillah, gembira tengok perkembangan Ainul yang semakin hari semakin sihat.

Kredit: Instagam _nrlerwani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas