Connect with us

Oh! Media

kemalangan

Trending

Anak Maut Dirempuh Pemandu Langgar Lampu Merah, Ibu Meraung Dan Pitam Di Lokasi Kejadian

Dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu merah.

Kejadian berlaku di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.

IKLAN

Ibu meraung kehilangan anak tercinta

@myberitaonline

Dikatakan seorang wanita, dipercayai ibu kepada mangsa terus pitam bila sampai di lokasi. Berita selanjutnya menyusul. 🎞️ Haziq Adli Zulkiflee

♬ Tragic Story – Scorpiano

Detik pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu kepada salah seorang mangsa meraung sebelum pitam.

Dalam tangisannya si ibu memanggil “anak aku, anak aku” sambil ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ.​

Pemandu langgar lampu merah

@babesyaz._

takkuat tengok semalam kejadian ni 😭 kesian tengok kakak si arwah menangis tengok adik dia dah takde yaallah luluh hati ni salam takziah buat keluarga arwah yee dan semoga cepat sembuh adik dan kawan si arwah😭 semoga dapat keadilan buat family si arwah

♬ suara asli – lifah19 – gepenk

Berdasarkan rakaman dashcam yang tular, sebuah kereta Honda Jazz yang dinaiki oleh dua remaja berusia 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun didakwa tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat telah bertukar merah.

Kenderaan tersebut datang dari arah Senawang menuju ke Paroi sebelum merempuh motosikal mangsa.​

Ketua Polis Seremban, Asistan Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan terdapat seorang lagi penunggang bersama pembonceng dan pemandu serta penumpang lain mengalami kecederaan parah.

kemalangan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok MyBerita


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas