Connect with us

Oh! Media

Ibu Bawa Kereta Tanpa LKM Dan Insurans, Nabila Razali Mohon Maaf

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 20t145505065

Trending

Ibu Bawa Kereta Tanpa LKM Dan Insurans, Nabila Razali Mohon Maaf

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman telah didenda oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka sebanyak RM480.

Mengikut pertuduhan, Nabila telah membenarkan ibunya menggunakan kereta dengan LKM tamat tempoh bertarikh 29 September.

Terbaru Nabila menerusi laporan Gempak, memohon maaf atas empat pertuduhan kerana membenarkan ibunya memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

IKLAN

Difahamkan mereka didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Seksyen 90(1) APJ 1987.

Walau bagaimanapun, Nabila berharap agar orang ramai tidak memanjangkan isu tersebut.

Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf.

Kesalahan itu berlaku di Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah Jasin, pada 9 Januari lalu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 20t145505065

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempakz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas