Connect with us

Oh! Media

“Ia Babak Flashback Hero Dan Heroin” – Ini Respon Penerbit Selepas Tular Isu Novel Didakwa Lucah

Trending

“Ia Babak Flashback Hero Dan Heroin” – Ini Respon Penerbit Selepas Tular Isu Novel Didakwa Lucah

Syarikat penerbitan buku, Kaki Novel tampil memberi respon dan memohon maaf selepas tular isu mendakwa novel terbitan syarikatnya mengandungi unsur lucah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Boleh Brain Perempuan Tulis Buku Ni” – Caprice Ulas Isu Novel Didakwa Berunsur Lucah

Menerusi satu kenyataan di Facebook, pihak syarikat berkata mereka sedia maklum dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab.

Pihaknya dah berbincang dengan kedai buku dan mengambil tindakan menghentikan jualan novel serta merta. Pihak syarikat mengaku kesilapan dan menjadikan isu ini sebagai pengajaran.

Penerbit mohon maaf

Dalam pada itu, penerbit juga meluahkan sisi cerita pihaknya untuk pemahaman umum. Katanya, penulis tak berniat untuk naikkan unsur ‘rapist’ dalam karyanya. Tetapi, perkataan yang digunakan penulis atas kapasiti watak mafia yang diketengahkan.

Pihaknya sendiri tak sangka penggunaan istilah itu memberi pemahaman berbeza kepada pembaca.

Suntingan dan pemurniaan untuk babak-babak tular tu pun sebenarnya dah dibuat editor. Editor dah gantikan dengan istilah yang lebih sopan.

Perkongsian penuh:

Mengenai dakwaan elemen ‘child grooming’, penerbit berkata itu adalah ‘flashback’ antara hero dan heroin semasa mereka berjumpa di waktu kecil bukannya babak percintaan.

Apa-apa pun diharapkan pihak penerbit lebih sensitif di masa akan datang.

Kredit: Facebook Kaki Novel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas