Connect with us

Oh! Media

HR Syarikat Animasi Dikecam Burukkan Pekerja, Pengasas Akhirnya Buka Mulut

Trending

HR Syarikat Animasi Dikecam Burukkan Pekerja, Pengasas Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai syarikat animasi tempatan telah dikecam hebat gara-gara satu sesi podcast yang diterbitkan oleh mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Syarikat Penerbangan Baru Didakwa Ugut Halau Penumpang Gara-Gara Anak 2 Tahun Menangis

Sesi podcast tersebut telah menampilkan seorang moderator bersama pengarah kandungan kreatif, ketua penulis skrip dan pengurus sumber manusia.

Burukkan pekerja

Walau bagaimanapun, podcast itu telah menarik perhatian ramai di mana ada yang menganggap situasi tersebut seakan-akan sesi ‘mengumpat’ pekerja mereka sendiri di khalayak umum.

Malah, ada juga yang mendedahkan ‘sisi sebenar’ syarikat animasi itu di Twitter termasuk mendakwa pengasasnya tidak menjaga kebajikan pekerja.

animasi
animasi

Pengasas tampil buka mulut

animasi

Panas dengan kontroversi tersebut, pengasas syarikat animasi itu sendiri akhirnya tampil memberi penjelasan. Beliau menyatakan bahawa tanpa pekerjanya yang kuat, sudah semestinya kejayaan syarikat itu tidak akan dicapai waktu ini.

Sejak kebelakangan ini saya diserang begitu hebat oleh netizen dengan berbagai cemuhan dan tuduhan dilemparkan kepada saya seolah-olah saya menganiaya pekerja dan menghambakan mereka untuk meraih kekayaan.

Saya rasa sedih apabila melihat komen-komen tersebut dibuat oleh anak bangsa kita yang tidak mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bekerja, kesukaaan mereka membuat tuduhan liar dan mendoakan anak bangsa mereka terlingkup dalam perniagaan. Allahuakbar.

Hm, apa pula pendapat korang?

Kredit: YouTube I Twitter I Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Instagram TiktokFacebook Twitter YouTube Telegram Whatsapp

30 Hari Paling Trending

Ke Atas