Connect with us

Oh! Media

“Hormatilah Bulan Mulia Ini” – Ustazah Asma’ Harun Malu Wanita Bertudung Berpakaian Ketat

ustazah asma' harun tegur untuk hormati bulan yang mulia ini

Oh! Islam

“Hormatilah Bulan Mulia Ini” – Ustazah Asma’ Harun Malu Wanita Bertudung Berpakaian Ketat

Hari ini genap 10 hari kita menyambut bulan puasa di bulan Ramadan dan sudah dapat kita lihat jualan baju raya sempena Syawal sudah mula dipromosikan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Boleh Masak? Basuh Pinggan?” – Perli Gadis Genius, Lelaki Ini Dikritik Minda Sempit

Model-model cantik digunakan untuk mempromosi dan memperagakan pakaian yang akan dijual sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Model iklan baju raya seksi

Perkara ini mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsiaannya di Facebook.

Menerusi hantarannya di Facebook, Ustazah Asma’ akui kesal dengan perkara yang ditonjolkan ketika sedang berada di bulan yang mulia ini.

Katanya lagi, gambar serta video yang menunjukkan model-model ini mengenakan pakaian ketat walaupun bertudung boleh menimbulkan rasa yang menggiurkan buat mereka yang menontonnya.

Segan sungguh melihat ramainya model iklan baju raya seksi pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar dan video yang menggiurkan.

Ustazah Asma’ turut menyeru dan menasihati agar kita menghormati bulan yang mulia ini dan tidak terlalu leka dalam mengejar duniawi

Hormatilah bulan mulia ini, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia.

Perkongsian di Facebook Ustazah Asma’ Harun itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka menyokong dan mengucapkan terima kasih atas teguran dan peringatan itu.

Semoga kita semua terus beristiqomah melakukan ibadah ketika berada dalam bulan Ramadan ini dan dirahmati Allah SWT.

Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas