Connect with us

Oh! Media

“Boleh Masak? Basuh Pinggan?” – Perli Gadis Genius, Lelaki Ini Dikritik Minda Sempit

Trending

“Boleh Masak? Basuh Pinggan?” – Perli Gadis Genius, Lelaki Ini Dikritik Minda Sempit

Apabila warga Malaysia berjaya mengharumkan nama negara, sudah pasti kita sebagai rakyat akan turut berasa bangga dengan khabar gembira yang diterima.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas Pelajar MRSM Kini Jadi Jurutera TESLA, Terbaik!

Seperti baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan menduduki tempat pertama di sebuah institusi pendidikan terkenal di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Gadis yang bernama Irdina Shahriman telah mencipta sejarah dengan mengatasi hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat dan mendapat perhatian ramai, termasuklah media.

Biarpun ramai yang gembira dengan kejayaan Irdina, ada juga seorang lelaki yang tidak senang hati melihat kejayaan gadis tersebut dengan meninggalkan komen perli di ruangan komen.

Melihat daripada komen lelaki tersebut, dia mempertikaikan jika gadis tersebut mampu ataupun tidak melakukan hal-hal kerja rumah biarpun dapat keputusan cemerlang.

komen tiktok

Komen tersebut ternyata telah mengundang rasa kurang senang orang ramai. Netizen mendakwa lelaki itu mempunyai pemikiran singkat yang memikirkan mengenai urusan di dapur jika ingin mengahwininya.

Rasanya telah perlulah bertanyakan soalan yang tidak ada kaitan dengan pencapaiannya. Lagi pula memasak dan menguruskan rumah kan boleh belajar sama-sama bila dah kahwin nanti. Betul tak?

Kredit: Twitter Saiful Nizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas