Connect with us

Oh! Media

Trending

HKL Beri Penjelasan Isu Gambar Tular Pesakit Dirawat Di Atas Lantai

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah foto memperlihatkan seorang pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dirawat di atas lantai dan dikatakan hospital berkenaan tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit baharu selepas didedahkan oleh seorang individu yang dipercayai kakitangan HKL di media sosial.

Individu tersebut juga turut mengatakan penambahan pesakit yang semakin meningkat di hospital itu menyebabkan jumlah katil tidak mencukupi sehingga ada yang terpaksa menunggu di atas kerusi roda.

IKLAN

Menurut laporan Sinar Harian, pihak HKL tampil memberi penjelasan apabila pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray berkata, pesakit yang terlibat telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Namun tiba-tiba pesakit tidak sedarkan diri dan tiada denyutan jantung.

Semua katil ketika itu telah digunakan dan rawatan di permukaan lantai merupakan satu kaedah terbaik bagi melakukan bantuan resisitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas pesakit yang terlibat.

Namun, dukacitanya pesakit tidak dapat diselamatkan oleh sebab punca kematian tidak dapat diketahui dan jenazah telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik bagi menjalani bedah siasat.

Mengulas tentang gambar pula, kes tersebut merupakan sebuah kecemasan yang mana pesakit yang terlibat mengalami sawan dan mempunyai risiko untuk jatuh dari katil kanvas. Pesakit juga dibaringkan bagi mengelakkan air liurnya masuk ke dalam saluran paru-paru.

Dr. Heric turut berkata, beliau tidak menafikan penggunaan katil yang meningkat oleh sebab penambahan pesakit baharu yang kebanyakannya berada di tahap empat, namun bekalan oksigen sama ada piping atau silinder masih mencukupi buat masa ini.

Sekiranya terdapat keperluan bekalan yang tinggi pada satu masa, ia akan diambil dari wad yang kurang penggunaannya dan dihantar ke wad yang lebih memerlukan.

Kredit: Sinar Harian, Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas