Trending
”Hipokrit Ek” – Hantaran Terbaru Janna Nick Buat Ramai Tergamam
Janna Nick persoal isu boikot yang didakwa bermusim dan ikut trend. Pelakon ini tegur sikap hipokrit netizen dalam memperjuangkan boikot.
Pelakon terkenal, Janna Nick tampil mempersoalkan ketelusan segelintir individu dalam memperjuangkan isu boikot yang sering menjadi topik hangat di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Janna meluahkan persoalan sama ada gerakan boikot yang dilakukan hanyalah bersifat bermusim atau sekadar mengikut trend semasa.
Sorry, nak tanya netizen. Boikot ini seasonal ke? Cuma, tertanya mana integriti, kejujuran dan kegigihan netizen yang menghembur semua?
“Hipokrit ek” – Janna Nick

Menurut isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu, ada kemungkinan sesetengah individu hanya menyertai boikot kerana mahu menunggang isu yang sedang trending.
Ke haritu cuma sertai the bandwagon sebab nak ride the current trending issue? Hipokrit ek.
Kenyataan tersebut nyata mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang masing-masing mempunyai pandangan berbeza tentang keikhlasan dalam memperjuangkan boikot.
Setiap orang ada pilihan yang boleh dikawal

Dalam masa sama, Janna menegaskan bahawa setiap individu berhak membuat pilihan sendiri, sama ada mahu memboikot atau tidak, tanpa perlu dihukum atau dikecam.
Kita tak boleh kawal pilihan orang lain, tapi kita boleh kawal pilihan kita sendiri.
Beliau turut mengingatkan netizen agar tidak mengecam artis atau pempengaruh yang menerima kerja berkaitan produk boikot hanya kerana mahu ‘menumpang’ isu semasa.
Jadi kalau ada artis atau pempengaruh yang terima kerja produk boikot. Korang jangan nilai, kecam lebih-lebih hanya sebab nak tumpang isu yang tengah trending.
Janna turut menyindir sikap segelintir pihak yang hanya lantang bersuara ketika isu boikot sedang hangat, namun mendiamkan diri apabila isu itu reda.
Sebab dekat sini, saya nak tegaskan, yang masa isu boikot tengah tak popular, korang senyap!
Pssttt! Jika mahu memperjuangkan sesuatu isu, lakukan dengan konsisten dan berprinsip. Jangan hanya bersuara ketika ia sedang trending, kemudian senyap bila perhatian hilang.
Kredit: Instagram Stories
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM