Connect with us

Oh! Media

Hina Kalimah Allah Didenda RM2 juta Dan Penjara 5 Tahun, Kongsi Irfan Khairi

Trending

Hina Kalimah Allah Didenda RM2 juta Dan Penjara 5 Tahun, Kongsi Irfan Khairi

Baru-baru ini, viral isu kalimah Allah dicetak di stoking sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Pempengaruh dan usahawan terkenal yang kini tinggal Dubai, Irfan Khairi turut berkongsi rasa ‘panas’ dengan isu tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalimah ALLAH Adalah Suci…” – Tunku Mahkota Johor Gesa Tindakan Tegas Diambil

Kongsinya, penghinaan kalimah Allah di Dubai boleh disaman sehingga RM2 juta dan penjara selama 5 tahun. Hukuman yang dikenakan di negara itu snagat tegas walaupun kesalahan menghina dilakukan di media sosial.

Undang2 sini jelas dan TEGAS jatuhkan hukuman 1-5 tahun penjara dan saman RM300,000 hingga lebih RM2 juta jika menghina Allah, Rasul, Nabi, Quran dan masjid.

Irfan berkata ada satu kes seorang jurutera United Kingdom pernah mengeluarkan kata-kata tidak sopan secara tidak sengaja di kawasan masjid telah dipenjarakan atas tindakannya.

Tapi bila KKMart jual stokin kalimah “Allah” yang boleh diletakkan di kaki, agak2 apakah tindakan yang akan dikenakan? Adakah siasatan akan berlaku?

Sehingga kini perkongsian telah mendapat lebih 500 shares. Rata-rata memohon kerajaan mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berulang di masa depan.

Kredit: Irfan Khairi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas