Connect with us

Oh! Media

“Hidup Macam Dalam Gua” – Pemandu E-Hailing Hina Agama Islam Dan Negara Pada Pelancong Asing

Pemandu e hailing hina islam ohmedia

Trending

“Hidup Macam Dalam Gua” – Pemandu E-Hailing Hina Agama Islam Dan Negara Pada Pelancong Asing

Tular di media sosial satu video menunjukkan seorang pemandu e-hailing bercakap dengan pelancong asing seperti memburukkan dan menghina agama islam. Pihak polis sedang menyiasat perkara itu untuk tindakan lanjut.

Kalau korang tengok video itu, pemandu tersebut seperti meluahkan rasa tidak puas hati kerana masyarakar beragama Islam di Malaysia tidak membolehkan perjudian dan minuman keras kepada pepancong asing itu.

Dia juga berkata yang hiburan di negara ini jadi terhad sebab perlu mematuhi larangan seperti orang Muslim.

IKLAN

Disini kita sepatutnya boleh enjoy tapi ini adalah negara Islam, mereka mahu kita ikut cara agama mereka, itu sangat tidak adil betul tak? 

Sebab mereka tidak minum (arak), berjudi, jadi mereka haramkan arak dan judi. Tiada hiburan. Hidup macam dalam gua.

Saya tak faham pemikiran bullsh*t rakyat Malaysia ni. Awak lahir kat dunia ni jadi enjoy jelah.

Terbaru! Menurut laporan Bernama, pihak polis telah menerima laporan tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik pada kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun serta mengenal pasti pemandu e-panggilan itu.

Kredit: Bernama 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas