Connect with us

Oh! Media

“Hidup Anak Papa” – Caprice Mohon Maaf, Terima Tiga Saman Termasuk Dari Asyraf Khalid

Ohmedia caprice Asyraf Khalid

Trending

“Hidup Anak Papa” – Caprice Mohon Maaf, Terima Tiga Saman Termasuk Dari Asyraf Khalid

Caprice dedah bakal disaman tiga individu termasuk Asyraf Khalid dan mungkin dikenakan injunksi mahkamah.

Nampaknya, kemelut antara Caprice dan beberapa individu semakin panas apabila penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

BACA: ”Caprice Menyerang Saya..” – Asyraf Khalid Bakal Fail Saman

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice memaklumkan dia dijangka menerima tiga saman termasuk daripada Asyraf Khalid.

IKLAN

Manakala dua individu lain adalah yang terlibat dengan kes pukul melibatkan enam mangsa sebelum ini.

Caprice akui bakal terima injunksi, tidak boleh lagi bersuara

Caprice memberitahu lagi, dia mungkin akan dikenakan perintah injunksi oleh mahkamah iaitu dia dilarang daripada bercakap mengenai kes itu di media sosial.

Esok pagi (Selasa) menurut peguam saya, mungkin selepas saya terima tiga saman ini, akan ada satu injunksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh sebut tentang kes ini.

Caprice menegaskan dia akan tetap melawan keputusan itu meskipun proses mahkamah di Malaysia mungkin mengambil masa antara lapan bulan hingga setahun.

Dalam masa yang sama, Caprice turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan menyatakan rasa kecewa kerana perjuangannya membela mangsa kini terpaksa dihentikan buat sementara.

Asyraf Khalid dakwa diserang Caprice

Caprice

Terdahulu, usahawan dan pempengaruh, Asyraf Khalid bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi, Caprice selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan bertubi-tubi di media sosial.

Asyraf mendakwa Caprice membuat hantaran yang menuduh dan menghina dirinya secara terbuka selepas beliau menjemput seorang individu kontroversi dalam satu podcast.

Asyraf bagaimanapun tidak menyiarkan podcast itu demi menjaga sensitiviti semua pihak. Tetapi, Caprice tetap meneruskan ‘serangan’ terhadapnya di media sosial.

Pssttt! Sama ada Caprice benar atau tidak, yang pasti masyarakat sedang menanti keadilan buat mangsa. Semoga perjuangan ini tak terhenti di sini.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas