Connect with us

Oh! Media

Hidayah Dakwa Kereta Belum Ditarik Seperti Yang Dicakap Ali, Puas Hati Dengan Mahkamah

Trending

Hidayah Dakwa Kereta Belum Ditarik Seperti Yang Dicakap Ali, Puas Hati Dengan Mahkamah

Sebentar tadi balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali telah menyatakan yang dia berpuas hati dengan keputusan pihak Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam tentang tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

ADVERTISEMENT

Mahkamah telah menjalankan tugas dengan baik dengan menetapkan pembahagian mengikut syarak membabitkan harta arwah seperti rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam, kasut, telefon bimbit, kamera dan barang-barang lain.

Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan.

Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah. – Jelas Hidayah.

Hidayah turut mendakwa yang kereta milik arwah masih ada dan belum ditarik bank seperti didakwa oleh Syed Ali Mubarak dalam sidang media sebelum ini.

Bagaimanapun, Hidayah mengakui yang dia sebelum ini ada mengeluarkan wang tunai RM10,000 dan mendakwa dia tidak menggunakan duit berkenaan yang hanya memasukkan duit terbabit di dalam akaun anaknya.

Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun. Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah. – Jelasnya lagi.

Diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan dapat menjadi pengajaran kepada kita agar perkara sama tidak berlaku kepada keluarga kita.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas