Connect with us

Oh! Media

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Dicekup Edar Dadah Bernilai RM5 Juta

Trending

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Dicekup Edar Dadah Bernilai RM5 Juta

Seorang ahli perniagaan kosmetik dengan title ‘Datuk Seri’ telah ditangkap oleh polis selepas disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah. Dengan nilai hampir RM5 juta, dadah tersebut dijumpai dalam Ford Mustang yang dipandu suspek. Fuh!

ADVERTISEMENT

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, polis telah menangkap suspek bersama adiknya di tepi jalan. Selepas disiasat, suspek rupanya seorang usahawan kosmetik di Kelantan manakala adiknya anggota tentera berpangkat biasa di Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta. Polis turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua.” – katanya.

Apa yang peliknya, dekat kad perniagaan suspek ada title Datuk Seri. Tapi bila disemak, namanya tiada pun. Aik, tak kan beli gelaran Datuk Seri?

Namun, kedua-dua suspek tidak punyai sebarang rekod jenayah lampau. Urine mereka berdua juga negatif. Susulan penangkapan, polis menahan lagi tiga suspek yang dipercayai menjadi orang tengah untuk urusan jual beli dadah.

“Sindiket ini dipercayai menyeludup dadah ini dari negara jiran di utara negara, seterusnya dibawa melalui pantai timur ke pantai barat. Berdasarkan risikan dan juga siasatan yang dibuat terdapat kemungkinan destinasi seterusnya adalah sebuah negara jiran yang lain, bermakna bukan untuk pasaran tempatan.” – tambahnya.

Selain Ford Mustang, polis turut merampas sebuah Nissan Almera, sebuah MPV Toyota Innova, sebuah Honda HRV serta wang tunai berjumlah RM3,000. Kalau kira-kira, lebih kurang RM158,000 jugalah nilai yang disita. Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas