Connect with us

Oh! Media

“Hebat Aslam, Dua-Dua Tahfiz” – Umisya Mazlan Rupanya Pelajar Tahfiz, Pernah Ke Mesir Setahun

Umisya Mazlan

Trending

“Hebat Aslam, Dua-Dua Tahfiz” – Umisya Mazlan Rupanya Pelajar Tahfiz, Pernah Ke Mesir Setahun

Selepas tular dakwaan suami berpoligami, rezeki Umisya Mazlan nampaknya semakin melimpah ruah. Dia dilihat menjadi model untuk jenama tudung dan beberapa produk kesihatan yang lain.

BACA: Respon Isteri Pertama Aslam Bila Tahu Dimadukan Ketika Buat Umrah

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik Hejja HQ, wanita ini ditanya mengenai latar belakang pendidikannya. Rupa-rupanya Umisya merupakan pelajar sekolah tahfiz dan pernah belajar di Mesir selama setahun.

IKLAN

Umisya pelajar tahfiz, ada diploma pendidikan

@hejjahq Thank you @umsymzln sudi bekerjasama dengan kami untuk projek Hegula x Misya, projek masak resepi lebih sihat dengan Hegula. Sambil masak2 kita borak2 terkeluarlah cerita cinta Misya. Tak sangka kan misya belajar sampai ke mesir, misya belajar quran, budak tahfiz boleh cakap arab tau. Bukan biasa2 misya ni.. patutlah misya sangat tabah dalam dugaan ni.. nak tahu misya masak apa, dan banyak lagi cerita misya jangan lupa follow okay ✌️ Hegula x Misya. Terbaik @eaisyah_listra. #hegula #hejjahq #pemanisgantigula #pemanissemulajadi #hidupsihat #stopgula #lifestyle #hegulaxmisya #umisyamazlan #misya ♬ original sound – Hejja HQ

Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Islam Selangor (UIS) dalam bidang pendidikan.

Belum habis diploma, dia mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebulan selepas nikah, dia mendapat khabar gembira hamil anak pertama dan membuat latihan praktikal sebagai guru semasa berpantang. Nasib baiklah boleh bekerja dari rumah.

“Bukan calang-calang pilihan Aslam”

Umisya Mazlan

Di ruangan komen, netizen memuji Umisya yang rupanya seorang pendidik. Mereka menyarankan wanita ini sambung belajar ke peringkat ijazah disebabkan umurnya masih muda.

Screenshot 2024 03 01 130956

Tak kurang juga yang menyindir Aslam berkata, pilihannya bukan calang-calang orang. Difahamkan, Umisya dan Marissa Dania kedua-duanya merupakan bekas pelajar tahfiz.

Screenshot 2024 03 01 131003
Aslam 2
Aslam 1

Kredit: TikTok @hejjahq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas