Trending
Harinya Telah Tiba! Syed Saddiq Tiba Di Mahkamah Pagi Ini
Mahkamah Rayuan pagi ini menjadi tumpuan kerana sambungan kes rayuan Syed Saddiq yang telah tertangguh sebelum ini.
Menurut laporan Berita Harian, kehadiran penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah yang tampil anggun berbaju kurung kuning juga turut mencuri perhatian ramai!
Rayuan Syed Saddiq bersambung hari ini

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meneruskan prosiding rayuan hari ketiga hari ini selepas ia tertangguh pada 20 Mac lalu.
Sebelum prosiding bermula, beliau telah memaklumkan kepada media bahawa satu sidang media khas akan diadakan jam 8.50 pagi di lobi Mahkamah Rayuan.
Tangguh sebab Pendakwa Raya hilang suara

Untuk info, penangguhan sebelum ini berlaku kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tiba-tiba mengalami masalah suara semasa sedang berhujah di mahkamah.
Beliau ketika itu memaklumkan bahawa beliau mengalami sakit tekak dan memerlukan kira-kira 45 minit lagi untuk menyudahkan hujahan penting bagi pihak responden.
Disebabkan itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, bersetuju untuk menangguhkan prosiding ke hari ini.
Tak kira siapa kita, bila melibatkan undang-undang, segalanya harus dilalui dengan sabar dan profesional.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM