Trending
Harga Ayam Dan Sayur Di Kelantan Sudah Kembali Murah
Kecoh dalam beberapa minggu ini harga sayuran dan barang basah naik di pasaran. Namun, menurut laporan Utusan, harga barangan di pasar terutama ayam dan sayur-sayuran di Kelantan sudah mula menurun.
BACA: Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd. Rahman telah mengesahkan penurunan harga ini selepas pihaknya membuat pemantauan beberapa hari lalu.
Harga turun hasil dari penguatkuasaan agensi kerajaan

Menurut Adnan, sebelum ini harga ayam dijual mencecah RM10 satu kilogram, namun sejak beberapa hari lepas, harga ayam boleh didapati dengan harga di bawah RM9 satu kilogram.
Pemantauan pihak kami juga mendapati harga sayur-sayuran di negeri ini juga turun hasil daripada penguatkuasaan agensi kerajaan.
Kita mendapati peniaga di pasar basah di negeri ini memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP. Malah ada peniaga yang menyahut seruan apabila jual ayam dengan harga RM8 ke bawah.
Adnan juga menyatakan KPDNHEP Kelantan akan terus mengadakan pemeriksaan dan pemantauan di kawasan-kawasan pasar untuk memantau harga barangan di negeri tersebut.
Semoga usaha KPDNHEP Kelantan ini akan terus membuatkan peniaga-peniaga di luar sana tidak meletakkan harga sayuran atau bahan mentah dengan harga yang tidak masuk akal.
Kredit: Utusan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM