Connect with us

Oh! Media

Haqiem Stopa Mengaku Kena Saman, Lapor Polis Gara-Gara Maklumat Peribadi Tersebar

Trending

Haqiem Stopa Mengaku Kena Saman, Lapor Polis Gara-Gara Maklumat Peribadi Tersebar

Nama influencer TikTok, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi sebutan gara-gara tersebar sekeping gambar menunjukkan dirinya telah disaman di atas kesalahan tiada lesen memandu.

ADVERTISEMENT

BACA: Muka Individu Disaman Tiada Lesen Tertutup Tapi Netizen Dakwa Itu Ikon Permotoran Negara

Terbaru, Haqiem yang mempunyai lebih 800,000 pengikut di TikTok mengaku kesilapan itu dan bersedia menanggung akibatnya.

Menceritakan situasi sebenar yang berlaku, pemuda berusia 22 tahun ini berkata dia ditahan kerana tiada lesen kereta bukannya tiada lesen motosikal.

Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.

Ketika ditahan, polis turut mendapati nombor pendaftaran kereta tak ikut spesifikasi yang dibenarkan.

Terbaru, dia tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadi iaitu nama penuh dan alamat yang tertera di surat saman tersebar.

Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu.

Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.

Katanya, gambar dan maklumat peribadi tak sepatutnya dihebahkan kerana ianya melibatkan privasi.

Sebelum ini, dia pernah menerima ugutan dan bimbang perkara tak diingini berlaku kepada ibu bapanya apabila alamat rumah diketahui umum.

Mengenai lesen memandu pula, Haqiem berkata dia akan cuba mencari masa untuk mendapatkannya. Buat masa ini dia menggunakan khidmat pembantu peribadi ke mana-mana.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas