Connect with us

Oh! Media

Hanya Yang Lengkap 2 Dos Vaksin Dan Penggalak Je Boleh Hadir Solat Jumaat Di Selangor?

solat jumaat

Trending

Hanya Yang Lengkap 2 Dos Vaksin Dan Penggalak Je Boleh Hadir Solat Jumaat Di Selangor?

Bermula pada 25 Februari, hanya individu yang lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak saja yang dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid negeri Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Agong Titah Rakyat Ambil Vaksin Dan Dos Penggalak Untuk Kawal Pandemik

Menerusi laporan Awani, ketetapan ini telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid dan surau di Selangor.

Mengawal penularan pandemik Covid-19

solat jumaat

Arahan ini dilakukan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan untuk kekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Slngor (Jais).

Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.

Pihak pengurusan juga perlu memastikan ruang solat berhawa dingin dan membuka pintu dewan solat utama masjid dan surau untuk memastikan pengudaraan berlaku dan mengelakkan penularan Covid-19.

Sanitasi juga perlu dilakukan sebelum dan selepas solat untuk memastikan kawasan masjid dan surau sentiasa bersih dan bebas virus.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas