Connect with us

Oh! Media

Agong Titah Rakyat Ambil Vaksin Dan Dos Penggalak Untuk Kawal Pandemik

agong

COVID-19

Agong Titah Rakyat Ambil Vaksin Dan Dos Penggalak Untuk Kawal Pandemik

Sesiapa yang belum ambil suntikan vaksin Covid-19 diseru oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billa Shah untuk mengambil vaksinasi dengan kadar yang segera.

ADVERTISEMENT

BACA: Pakar Ramal Sektor Pelancongan Akan Kembali Pada ‘Pra-Pandemik’ Paling Awal 2024?

Menerusi laporan Berita Harian, Agong juga meminta rakyat untuk mengambil dos penggalak demi memastikan negara dapat mengawal pandemik Covid-19.

Rakyat perlu bersatu dan hindari perpecahan

agong

Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik Covid-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi Covid-19 yang digariskan kerajaan beta. – Al-Sultan Abdullah bertitah

Al-Sultan Abdullah juga bertitah untuk rakyat Malaysia terus bersatu agar dapat mengeratkan perpaduan dan hindari dari berlaku perpecahan.

Sesungguhnya asas kekuatan sebuah negara adalah ikatan perpaduan dan semangat seia sekata dalam menjunjung prinsip Rukun Negara demi memastikan kedaulatan tanah tumpahnya darah ini terus terpelihara.

Semoga semua yang belum ambil suntikan vaksin terbuka hati untuk menerima vaksin agar sama-sama memelihara kesejahteraan negara dan mengawal pandemik Covid-19 di Malaysia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas