Connect with us

Oh! Media

Hampir 500 Pengunjung Dikompaun RM1,000 Bersesak Dalam Kelab Malam

ohmedia kelab malamjpg

Trending

Hampir 500 Pengunjung Dikompaun RM1,000 Bersesak Dalam Kelab Malam

Nampaknya semakin banyak pemilik pub atau kelab malam yang mula beroperasi dan tidak mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan dan KKM.

Perkara ini kita dapat lihat apabila semakin banyak berita yang keluar menunjukkan serbuan pihak berkuasa ke premis-premis berkenaan.

Terbaru, seramai 161 orang pengunjung kelab malam di Damansara Utama telah dikompaun kerana gagal menjaga penjarakan fizikal dan bersesak-sesak dalam presmis terbabit.

IKLAN

Serbuan dijalankan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam tadi.

Semua mereka berusia 20 hingga 40 tahun itu didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan peraturan yang ditetapkan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua mereka dikompaun dan dibenarkan pulang selepas kompaun dikeluarkan. – Kata Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid.

Sebelum ini juga seramai 310 pengunjung pusat hiburan telah dikompaun RM1,000 seorang di Mutiara Damansara kerana melakukan kesalahan sama.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pengunjung kelab malam di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas