Connect with us

Oh! Media

“Hal Dunia Saya Dah Tak Kisah”- Kazar Saisi Maafkan Netizen Yang Kecam Dirinya

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 30t111212797

Oh! Artis

“Hal Dunia Saya Dah Tak Kisah”- Kazar Saisi Maafkan Netizen Yang Kecam Dirinya

Kecaman yang diterima berkaitan kontroversi melibatkan Ira Kazar sedikit sebanyak terkena tempias kepada bapanya, Kazar Saisi.

Namun Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi berkata dia menganggap kecaman itu sebagai takdir hidup.

Dia juga ia tidak mengambil kisah tentang kecaman daripada netizen dan telah memaafkan sesiapa sahaja yang mengatakan perkara yang tidak baik terhadap dirinya.

IKLAN

Hal dunia saya sudah tidak kisah. Sekarang mahu cari akhirat sahaja. Hak masing-masing dan saya sudah maafkan semua orang.

Sebabnya benda ini pun sudah tertulis, tak perlu nak marah.

Menerusi laporan mStar, Kazar juga memaklumkan bahawa dia sudah lama tidak mendapat tawaran lakonan, namun ianya tiada kaitan dengan kontroversi anak perempuannya itu.

Ujarnya, bukan dia sahaja yang menghadapi perkara itu, malah beberapa orang rakannya juga telah mengalami perkara yang sama.

Sejak enam bulan lepas memang kurang tawaran kerja. Tak tahu kenapa. Tidak juga disebabkan kontroversi.

Malah rakan-rakan lain pun hadapi perkara sama. Mungkin belum ada rezeki saya.

Kazar juga berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang keputusan Ira Kazar menjadi penyanyi selepas bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof .

Dia menyokong apa sahaja yang anak perempuannya itu mahu lakukan, katanya dia tidak mahu masuk campur kerana anak kesayangannya itu sudah dewasa. Namun dia sering berpesan kepada Ira supaya sentiasa menjaga diri apabila bergelar selebriti.

Saya tak masuk campur sebab Ira pun sudah dewasa. Saya tak galakkan dan tidak pula menghalang.

Dia tak ada minta izin pun sebab itu keputusan sendiri. Cumanya saya minta dia jaga diri.

Terdahulu, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin telah berkahwin dengan Syamsul di Thailand. Namun pada September lalu mereka telah bercerai talak satu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 30t111212797

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas