Connect with us

Oh! Media

Hafiz Mahamad Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah!

hafiz mahamad

Oh! Artis

Hafiz Mahamad Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah!

Demi mengenang jasa cikgunya, Hafiz Mahamad, usahawan dan pempengaruh telah menghadiahkan tiket umrah untuk cikgunya, iaitu Cikgu Linda.

ADVERTISEMENT

Menurut usahawan itu, hadiah tiket umrah diberi kepada Cikgu Linda atas tanda penghargaan kerana telah mendidiknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang ketika Hafiz masih bersekolah.

Saya nak hadiahkan satu tiket umrah kepada insan ini. Saya terhutang budi dengan dia. Saya malu dengan cikgu cikgu saya.

Saya nakal dulu. Izinkahlah saya budak nakal ini datang balik ke sekolah ini untuk gembirakan awak. Cikgu saya tak tahu saya nak hadiahkan ini.

Tengoklah reaksi dia. Ya Allah gembira sangat. Di sini saya ada kejutan, saya rasa saya
bertanggungjawab untuk beri balik.

Apa saya ada, apa pencapaian saya kepada guru saya balik. Hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya nak bawa cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan umrah,”

Malah, pemberian hadiah ini disambut dengan penuh senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Hafiz Mahamad.

Tambahan, Hafiz turut berkata pengorbanan dan jasa seorang guru terhadap para pelajarnya memang tidak terbalas.

Sungguh tidak terbalas jasa jasa cikgu dekat saya. Saya bukan pelajar yang baik, saya bukan ahli perniagaan yang baik.

Tetapi saya hanyalah seorang lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri.

BACA: Rakyat Bersatu Hati Kumpul RM9 Juta Buat Baby Naail, Nama Penderma Terbanyak Rupanya Usahawan Terkenal!

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas