Connect with us

Oh! Media

hafidz roshdi

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Nafi Tak Pernah Tuduh Isteri Gugurkan Kandungan, Dakwa Shuhada Minta Cerai Banyak Kali

Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan bahawa dia menuduh isterinya, Nurul Shuhada supaya gugurkan kandungan anak ketiga mereka yang baru berusia 14 minggu.

Menurut Hafidz, dakwaan itu berlaku kerana ada kemusykilan ketika berkomunikasi dengan Nurul Shuhada menerusi Whatsapps sebelum ini.

IKLAN

Saya tidak menuduh Nurul Shuhada Binti Mohd Shukri membuat pengguguran dan tidak sama sekali membuat laporan palsu.

la berdasarkan apa yang dimaklumkan pada saya mengikut bukti komunikasi Whatsapps serta kemusykilan timbul.

Hafidz berkongsi tentang perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor untuk pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada .

Malah, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi turut meminta supaya menghentikan menabur fitnah dan melemparkan sebarang spekulasi mengenai dirinya di media sosial.

hafidz roshdi

Saya berharap agar semua hormati privasi keluarga saya dan menegaskan agar tiada lagi kisah rumah tangga saya dijadikan tajuk ataupun kisah oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Hafidz memaklumkan bahawa isterinya sebelum ini sudah beberapa kali minta untuk dilepaskan daripadanya.

Khusus untuk kes hari in walaupun sudah lalui banyak sei pendamaian tapi penceraian juga diminta.

Sebenarnya bukan tahun ini saja Shuhada minta cerai tapi sudah lama dan berkali-kali.

Dalam pada itu, Hakim Siti Rahmah Hussin menangguhkan pengesahan lafaz cerai terhadap Hafidz dan Nurul Shuhada dan menetapkan semula perbicaraan pada 27 Julai depan.

hafidz roshdi

Tambahan, pelakon itu juga berkata walaupun dikecam di media sosial namun dia memilih untuk mendiamkan diri.

Hafidz juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya, Nurul Shuhada kerana mendakwa mengaibkan dirinya.

Sekiranya saya berbalas di media sosial ia akan jadi lebih keruh, saya masih jaga erat serta kelemahan Shuhada sebagai isteri selama ini.

Tapi sekiranya Shuhada masih berteruskan jadi saya terpaksa bertindak mengikut undang-undang.

BACA: Hafidz Roshdi Akhirnya Dapat Bertemu Anak-Anak Selepas 3 Bulan

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas