Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Akhirnya Dapat Bertemu Anak-Anak Selepas 3 Bulan

Ohmedia hafidz Roshdi

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Akhirnya Dapat Bertemu Anak-Anak Selepas 3 Bulan

Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya dapat bertemu dengan dua anaknya yang sudah menetap bersama isterinya di Kangar, Perlis selepas tiga bulan tidak bertemu.

Pertemuan itu diadakan di kediaman keluarga mentuanya, Hafidz yang juga ditemani beberapa ahli keluarga sambil membawa pelbagai hadiah untuk anak-anaknya.

Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi turut dilihat memberikan ciuman buat Umar dan Humairah kelihatan teruja dan terus memberi pelukan kepadanya.

IKLAN

Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsi di Instagram Story miliknya, Hafidz dilihat melayani Humairah dan Umar dihadapan rumah walau bagaimanapun tidak kelihatan kelibat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah tiga bulan tidak berjumpa.

Bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anakya macam mana.

Hafidz Roshdi

Pelakon yang berusia 28 tahun ini turut meletakkan tanda pagar #KeadilanDemiAnakAnak dalam perkongsian di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pada Jumaat Hafidz disahkan masih waras dan layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu berhubung tuduhan mencederakan isterinya.

Malah, perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan.

BACA: Lepas Sah Bercerai Dengan Shuhada, Hafidz Roshdi Nak Umum Pasal Athira Yuhada?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas