Connect with us

Oh! Media

Lepas Sah Bercerai Dengan Shuhada, Hafidz Roshdi Nak Umum Pasal Athira Yuhada?

Oh! Artis

Lepas Sah Bercerai Dengan Shuhada, Hafidz Roshdi Nak Umum Pasal Athira Yuhada?

Nama pelakon, Hafidz Roshdi sememangnya jadi tumpuan hari ini apabila dia hadir ke mahkamah bagi prosiding penceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

ADVERTISEMENT

Sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini juga mengesahkan bahawa aktor tersebut waras dan boleh dibicarakan atas pertuduhan mencederakan Shuhada.

Menurut laporan mStar, Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret turut menetapkan 17 Julai ini untuk serahan salinan dokumen laporan psikiatri dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambuatn, Perak.

Sementara itu, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi berkata kepada wartawan dia bakal berkongsi tentang status hubungan dan perancangan mengahwini wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya, Athira Yuhada.

Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Pengakuan untuk dia (hubungan) saya akan buat selepas bercerai. Buat masa ini no komen. Itu di bawah perbincangan nantila.

Ketika ditanya tentang dua anaknya, Humairah dan Umar, Hafidz mengakui berasa lega kerana diberikan peluang untuk bertemu mereka berdua.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas