Connect with us

Oh! Media

KPM Ambil Tindakan Tegas, Cikgu Wanita Kes ‘CCTV & Wiring’ Direhatkan

Ohmedia cikgu Cctv Wiring

Trending

KPM Ambil Tindakan Tegas, Cikgu Wanita Kes ‘CCTV & Wiring’ Direhatkan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memaklumkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan secara rasmi.

Kecoh satu Malaysia apabila tular perbualan tidak senonoh seorang cikgu wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

BACA: “Setiap Manusia Melakukan Kesilapan” – Abang CCTV & Wiring Akhirnya Buka Mulut

Terbaru! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak pantas dengan menggantung tugas cikgu tersebut buat sementara waktu.

IKLAN

Siasatan dijalankan terhadap cikgu viral

Cctv Wiring

Lapor Malaysia Gazette, perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memaklumkan bahawa siasatan kini sedang dijalankan secara rasmi.

Menurut beliau, KPM memandang serius isu berkaitan integriti dan akhlak pendidik kerana ia mencemarkan imej profesion perguruan yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

Saya ingin berikan jaminan apabila yang dikaitkan dengan integriti guru dan akhlak, KPM ambil serius, baik yang dilakukan secara rasmi, perkara ini dalam siasatan dan kita mengambil tanggungjawab penuh untuk pastikan guru-guru kita ini mematuhi semua integriti dan etika perguruan yang kita tetapkan oleh KPM.

Direhatkan daripada mengajar, tapi masih bertugas sebagai kakitangan awam

Cikgu

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata guru berkenaan telah direhatkan daripada mengajar bagi memastikan siasatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Namun begitu, guru itu masih bertugas sebagai kakitangan awam dalam kapasiti lain sementara menunggu hasil siasatan.

Pssttt! Diharapkan kes ini dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam supaya menjaga integriti dengan baik. Lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang pendidik yang disanjung tinggi masyarakat.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas