Connect with us

Oh! Media

“Setiap Manusia Melakukan Kesilapan” – Abang ‘CCTV & Wiring’ Akhirnya Buka Mulut

Ohmedia cctv Wiring Beri Penjelasan

Trending

“Setiap Manusia Melakukan Kesilapan” – Abang ‘CCTV & Wiring’ Akhirnya Buka Mulut

Abang CCTV & Wiring yang kantoi curang dengan cikgu tampil beri penjelasan.

Kontroversi panas melibatkan peniaga dikenali sebagai abang ‘CCTV & Wiring’ akhirnya mendapat penjelasan daripada tuan empunya badan.

BACA: “Bawa Sekali 6 Video Diorang Ma*n” – Isteri CCTV Dan Wiring Bersuara, Bakal Tuntut Fasakh

Menerusi satu hantaran di Facebook, Hairul Ezuan tampil menjelaskan bahawa dia akan perincikan satu persatu isu yang sedang hangat diperkatakan demi membersihkan namanya.

IKLAN

Mahu jelaskan segalanya, minta jangan seret keluarga

Dalam hantaran itu, Hairul mengakui kesilapannya dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah untuk dirinya.

Cctv  Wiring
Cctv Wiring

Walaupun dihentam hebat, dia menyeru orang ramai supaya tidak melibatkan anak dan ahli keluarganya dalam isu tersebut.

Setiap manusia melakukan kesilapan, saya mengaku salah & silap saya. Ini ujian untuk diri saya. Nak teruskan kecam tak ada masalah itu hak awak. Tapi tolong jangan babitkan anak & ahli keluarga saya.

Hairul juga memohon urusan kerja dan hal peribadi tidak dicampur adukkan, malah meminta orang ramai berhati-hati dalam menyebarkan cerita agar tidak menambah dosa sesama manusia.

Tular kisah kecurangan abang ‘CCTV & Wiring’ dengan cikgu SMK

Cctv Wiring

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengejutkan mengenai seorang guru yang didakwa curang dengan suami orang.

Dalam pendedahan tersebut, turut disertakan perbualan lucah di antara guru dan kekasih gelapnya yang dikenali sebagai abang ‘CCTV dan Wiring’.

Susulan kontroversi, isteri kepada abang ‘CCTV dan Wiring’ dikatakan menuntut fasakh mahu menamatkan hubungan rumah tangga mereka.

Pssttt! Inilah orang kata, akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Tak pasal-pasal keluarga pun terpalit sama dengan isu kontroversi ni kan..

Kredit: Facebook Hairul Ezuan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas