Connect with us

Oh! Media

Guru Gigih Bawa Perahu Nak Mengajar Anak Muridnya

Guru Gigih

Trending

Guru Gigih Bawa Perahu Nak Mengajar Anak Muridnya

Kesukaran menjalani pembelajaran secara online merupakan satu cabaran buat pelajar dan guru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Seorang guru di Sabah, Nasir Mohamed Jamal, 39, gigih menjadikan perahu sebagai ‘bilik darjah’ untuk murid-muridnya yang berada di pedalaman kerana perkhidmatan jalur lebar di kawasan itu tidak begitu baik.

Menurut laporan Bernama, Nasir yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Desa permai, menghantar sendiri latihan-latihan dan modul kepada murid-murid dia setiap minggu supaya mereka semua tidak ketinggalan disebabkan oleh PKP ini.

IKLAN

“Saya atau rakan guru lain akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.

“Ini kerana menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmatan jalur lebar (yang baik),” katanya

Berbekalkan sebuah beg mengandungi modul PdPR dan meja lipat, Nasir, yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, meninggalkan rumahnya ke perahu kayu beratap yang dikemudinya sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah muridnya.

“Mari kita belajar hari ini macam biasa,” katanya kepada muridnya dan akan mengimbas suhu badan muridnya, memberikan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka kepada muridnya sebelum sesi pembelajaran di dalam perahu dimulakan.

Nasir yang berasal daripada Padang Rengas, Perak telah berkhidmat di sekolah itu sejak 10 tahun lepas, mengakui kawasan pendalaman yang berbeza di bandar telah membuat dirinya rasa lebih bertanggungjawab terhadap murid-murid di sini.

“Kami (guru) akan menerangkan kepentingan untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka ini boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka,” tambahnya.

Kredit : LobakMerah BeritaHarian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas