Connect with us

Oh! Media

Guna Mod ‘Auto Pilot’, Pasangan Singapura Bakal Disiasat PDRM

PDRM siasat pasangan Singapura guna mod auto pilot

Trending

Guna Mod ‘Auto Pilot’, Pasangan Singapura Bakal Disiasat PDRM

Sudah pasti ramai mengetahui kecanggihan sistem kenderaan berjenama Tesla. Antara kebolehan yang ditawarkan kenderaan berkenaan ialah mod pemanduan sendiri atau ‘auto pilot’.

ADVERTISEMENT

BACA: Buat Content Memasak, Bangman Mengaku ‘Koyak’ Dituduh Tiru Khairul Aming

Kurang lebih seminggu yang lalu, tular satu video di TikTok yang menunjukkan satu pasangan dipercayai daripada Singapura yang menggunakan mod ‘auto pilot’.

Video berdurasi 32 saat itu menunjukkan pemanduan mod ‘auto pilot’ dibuat pasangan itu yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Tular di TikTok

@sgpikarchu Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh ♬ Vacation – Dirty Heads

Respon netizen

Bakal disiasat PDRM

Laporan dari Guang Ming Daily menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia telah memberikan kenyataan bahawa kertas siasatan berkenaan tindakan pasangan dari Singapura itu akan dibuka. Ini kerana mod ‘auto pilot’ itu tidak boleh digunakan lagi di dalam Malaysia buat masa sekarang.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, penggunaan fungsi ‘auto pilot’ Tesla boleh menyebabkan pemandu menjadi lalai dan tidak sensitif terhadap keadaan jalan raya.

Malaysia pada masa ini tidak mempunyai peraturan atau undang-undang terhadap sistem pemanduan automatik, tetapi sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan – sistem itu tidak dapat memastikan jika ada pemandu duduk di dalam kenderaan itu

Ia juga mungkin akan menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan perkara lain yang mengganggu, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Apa pandangan korang berkenaan isu ini? Adakah korang setuju sekiranya mod pemanduan ‘auto pilot’ dibenarkan di Malaysia?

Kredit: Guang Ming Daily | TikTok sgpickarchu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas