Connect with us

Oh! Media

Guna Duit Baju Raya Anak Buat Bayar Denda, Caprice Cari Peniaga Ayam Ini

Caprice cari peniaga ayam, mahu beri satu set baju raya

Oh! Artis

Guna Duit Baju Raya Anak Buat Bayar Denda, Caprice Cari Peniaga Ayam Ini

Baru-baru ini tular di laman aplikasi TikTok apabila seorang peniaga yang terpaksa menggunakan duit hasil perniagaannya sebanyak RM500 untuk membayar denda.

ADVERTISEMENT

Menurut peniaga tersebut, duit simpanan hasil perniagaannya itu mahu digunakan untuk membeli baju raya buat anak-anaknya sempena Hari Raya Aidilfitri.

BACA: “Mana Keuntungan Kami?” – Peniaga Runsing Ayam Naik Harga

Menerusi hantaran video yang tular itu, peniaga ayam tersebut didenda selepas didakwa menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan.

Peniaga itu turut menerangkan bahawa perbezaan di antara harga ayam yang dibeli dari pemborong serta harga jualan yang telah ditetapkan hanya memberi keuntungan sebanyak 20 sen sahaja kepada dirinya.

Peniaga dicari Caprice

Melalui aplikasi Instagram, Caprice berkongsi rasa simpatinya dengan meminta pertolongan dari pihak netizen untuk menghubunginya sekiranya mengenali peniaga tersebut dan berhasrat untuk menghadiahkan satu set baju raya untuk keluarga mereka.

Sape2 kenal abang ni tolong whatsapp caprice 0169019035 cap nak hantar baju raya satu set untuk family 

Disamping itu, Caprice turut berharap agar isu berkaitan harga ayam ini dapat diselesaikan segera.

harap2 issue harga ayam ni, penjual, dan pemborong dapat selesai insyaAllah

Mulia sungguh niat Caprice ni. Semoga hasrat Caprice untuk mencari peniaga tersebut tercapai. Aamiin

Kredit: Instagram Caprice | TikTok adam___iskandar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas